Murid BC /PJ : Selamat pagi, Tuan .
Tuan Lee : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam kamu doakan saya tak selamat?
Murid BC / PJ : Selamat pagi, petang dan malam Tuan!
Tuan Lee : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid BC / PJ : Selamat sejahtera Tuan!
Tuan Lee : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.. Hari ini saya nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Apabila saya sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid BC / PJ : Faham, Tuan !
Tuan Lee : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid BC / PJ : (senyap)
Tuan Lee : Pandai!
Murid Loo : Bodoh!
Tuan Lee : Tinggi!
Murid Yong : Rendah!
Tuan Lee : Jauh!
Murid Ngu : Dekat!
Tuan Lee : Keadilan!
Murid Chen : UMNO!
Tuan Lee : Salah!
Murid Chen : Betul!
Tuan Lee : Bodoh!
Murid Chen : Pandai!
Tuan Lee : Bukan!
Murid Sim : Ya!
Tuan Lee : Oh Tuhan!
Murid Sim : Oh Hamba!
Tuan Lee : Dengar ini!
Murid Liaw : Dengar itu!
Tuan Lee : Diam!
Murid Lu : Bising!
Tuan Lee : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid Chee : Ini ialah jawapan, pandai!
Tuan Lee : Mati aku!
Murid BC/ PJ : Hidup kami!
Tuan Lee : Rotan baru tau!
Murid Soh : Akar lama tak tau!
Tuan Lee : Malas aku ajar kamu!
Murid Alice : Rajin kamu belajar cikgu!
Tuan Lee : Kamu gila!
Murid Ong : Kami siuman!
Tuan Lee : Cukup! Cukup!
Murid Chung : Kurang! Kurang!
Tuan Lee : Sudah! Sudah!
Murid Chong : Belum! Belum!
Tuan Lee : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid BC / PJ : Sebab kami sebahagian pandai!
Tuan Lee : Oh! Melawan!
Murid BC / PJ : Oh! Mengalah!
Tuan Lee : Kurang ajar!
Murid BC / PJ : Cukup ajar!
Tuan Lee : Habis aku!
Murid BC / PJ : Kekal kami!
Tuan Lee : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid Ling : K.O. Pelajaran belum bermula!
Tuan Lee : Sudah, bodoh!
Murid Tiang : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid Chu : Duduk!
Tuan Lee : Saya kata UMNO salah!
Murid BC / PJ : Kami dengar KeADILan betul!
Tuan Lee : Bangkang kamu ni!
Murid BC/ PJ : Cerdik kami tu!
Tuan Lee : Rosak!
Murid Wong : Baik!
Tuan Lee : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid Chiew : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Stupid girl